Monday, December 20, 2010

Kisah Dongeng


Sejak badan kami semakin menjadi-jadi kembangnya, aku dah CH nekad untuk at least once a week kena go to the stadium and walking. Maka, sejak itu tiap-tiap hujung minggu kami bermula dengan aktiviti yang sungguh sihat iaitu berjalan. :p

Suatu hari, akibat bosan kerana asyik melihat pemandangan dan orang yang sama, maka 2 orang giant ini pun mencarilah tempat yang lebih menarik untuk di jelajahi. Inilah tempat yang menjadi pilihan, hutan di tengah kota. Sambil jalan sambil ambil gambar. Sejak kembali semula menggunakan kamera kecil, tangan ini semakin lincah menambah semula koleksi setelah lama meninggalkan arena pengambilan gambar.



Cuci-cuci servis mata

 



Makkkkkkk...GIANTTTTT!!!!!


Ngada-ngada tertinggal kasut sukan kesayangan, maka kasut Crocs menjadi sasaran. Jadinyaaa???
Sakitlah kaki-kakiku ini. Huhuuhuh...


Akibat daripada itu, maka menggunakan alasan ini untuk berehat sambil menikmati roti tuna yang sungguh enak sambil meng'update' diri melalui pembacaan akhbar harian.


Wahhhhhh!!! Xmas @ KLCC


Setelah tercekik kerana terlupa membeli air minuman, maka telah menarik diri ini untuk menikmati secawan nescafe tarik kurang manis. Konon-konon menjaga kesihatan la ni.... cehhhhhhhhhhh


Namun, sudah menjadi sifat semula jadi insan seperti kami, 2 keping roti mana cukup. Maka apabila perut mula menyanyi-nyanyi lagu keroncong kami mula merangka mencari tempat pelaburan yang akan memberi pulangan yang memberangsangkan perut kami....

pertama... Sushi King..... nyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm




minuman  green tea menjadi pilihan untuk mengurangkan rasa bersalah kerana telah melantak beberapa keping pinggan sehingga makan berdua seolah-olah makan berempat. Keluar sahaja dari Sushi, aku umumkan bahawa tidak mahu jejak restoran ini untuk tempoh 2 bulannnn... muhahahahahahaha... So, Ms. L, if you're reading this. Take note ye, 2 bulan tak mahu makan. :p ngehhhhhh.....


kedua... Nandos.. sukaaa!!! sukaaaa!!!


order 1/4 chicken hot peri-peri dan side dishes tambahan. Gambar tak ambil kerana terlalu asyik menikmati makanan sambil mata menjeling-jeling melihat keluarga arab di sebelah kami sambil suka-suki membuat translation. Teringat cerita Setem... "Fatimahhhh...Fatimahhhhh..." muahahahahahahaha...











Oklah, sekian sahaja cerita dongeng buat kali ini. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Gambar-gambar dan aktiviti berlaku pada hari yang berbeza-beza. 

Tamat

1 comment:

Cammy said...

2 bulan?! Seksa aku mcm ni... sapa nak teman makan teriyaki chicken, salmon, dan lain-lain seumpamanya? Tempura.... tunggu ya... kami akan mencari adinda di bulan Februari... uhuks!