Baru habis menaip dan mencari bahan-bahan tentang Islamophobia. The famous word wirte now.
Mula-mula ingat nak publish today, but after deep thinkin' aku simpan dulu. Hmmm.. belum ada keberanian untuk mempublish penulisan-penulisan begitu. Al maklumlah, aku sendiri pun bukannya a really good muslim. Itu aku mengaku. Cara pakaian pun belum sempurna, solat pun dalam 2-3 bulan ada gak tercicir sekali dua terutama time tarffic jam nak g kelas. Sampai-sampai dah kol 8 terus masuk kelas. Isk.. fikir-fikir rasa berdosa sangat. Belum lagi campur hal-ehwal duniawi yang lain. Leka, lalai, lagha.. melawan mak bapa (mmg aku ni agak rebellious skit, aku mengaku), but I LOVE my parents so much!!... banyaknya dosa aku.
But, I always pray that Allah will always guide me to the right path, ALWAYS. To be A REAL MUSLIM.
Being a Muslim, bagi aku saat yang paling tenang, saat yang paling indah adalah pada solat 5 waktu itu.
Saat kita sujud, saat kita berdoa pada-NYA kerana kesedihan, kegembiraan, kesyukuran, etc... itulah nikmat yang tak terkata. Memuji-muji nama-NYA. Membuatkan aku sangat bersyukur di lahirkan sebagai Muslim.
Allah takkan menguji seseorang lebih dari apa yang seseorang itu mampu hadapi. Oleh sebab itu, segala ujian yang datang pada kita means Allah sangat sayangkan kita. Bila kita di uji, maknanya DIA suruh kita ingatkan DIA. Pada masa kita di uji, kat sinilah jika percaya pada-NYA, kita akan sedar dan kita akan kembali dan memohon petunjuk dan bimbingan daripada-NYA. Jika kita berfikiran negatif dan tidak pecaya pada-NYA, masa ni lah biasanya kita akan binasakan diri kita sendiri.
Allah Maha Besar, Pengasih dan Penyayang.
Tiada dosa yang tidak diampun selain dari dosa menyekutukan ALLAH. Sebab itu, teruslah memohon kepada-NYA sama ada ketika sedih, duka atau gembira, agar di beri petunjuk dan hidayah dan sentiasa mendapat rahmat dah hidayah sebagai hamba-NYA.
Dan sebagai Muslim juga, kita pun kenalah tunjukkan contoh yang baik.
Jangan salah gunakan maksud mati shahid.
Fahami maksud dan bagaimana sebenarnya peperangan itu. Siapa yang perlu diperangi, siapa yang perlu dilindungi.
Jangan salah gunakan kuasa sebagai pelindung Islam atau pejuang Islam. Bukan dengan kekasaran, bukan dengan cara penghinaan, bukan dengan cara mematikan, tetapi secara diplomasi, kaunseling, bimbingan, dan panduan.
Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W seorang yang sangat berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Jangan cemari sifat dan akhlak mulia Baginda dengan sikap kita sendiri. Sedih rasa bila orang memperkatakan dan menggambarkan perkara-perkara buruk tentang Baginda just because orang-orang Islam sekarang yang terlalu emosi sehingga membuat sesuatu yang bukan sahaja di luar batasan, malah di luar akal fikiran.
Peliharalah agama yang indah ini. Islam itu agama yang sangat Indah. Islam itu agama yang mudah. Tapi jangan sampai mengambil mudah.
Sekian, untuk entry yang sangat serius ini. Mungkin terbawa-bawa dengan berita dunia sekarang yang semakin ntah apa-apa. Tapi apa yang aku tulis ni untuk renungan dan ingatan diri sendiri juga. Semoga kita tidak terus khayal dan sentiasa ingat pada-NYA. Sama-sama kita berdoa.
No comments:
Post a Comment