Wednesday, June 9, 2010

Lagenda Budak Setan


Aku sepatutnya menulis entry berkaitan sunshine malam ni. Nak menulis jiwang-jiwang. Nak bagitau betapa happynya aku menanti kepulangan CH esok. Tiba-tiba terima panggilan dari adik.

"Lagend Budak Setan! tengok channel ria!"

Eh, biar betul. Siri ke? Bukan sekarang tengah tayang kat wayang ke?

Berpandukan bacaan-bacaan di forum dan blog-blog, aku mendapat respon yang negatif dari kebanyakan peminat-peminat novel tersebut. Jadi, aku dah buat keputusan yang aku takkan tengok filem tersebut kat wayang or maybe di TV nanti. Aku nak keep my memory LBS seadanya. Tak nak rosakkan segala imaginasi aku berkaitan Kasyah, Ayu dan perjuangan cinta oleh dua insan yang sangat-sangat touching, katrina the boss yang punya sejarah hitam dalam kehidupan, kekejaman azmi... Everything lah about LBS.

Tapi, tadi aku bukakan juga tv. Macam yang sebijik dengan kat wayang. Biar betul beb! Awal sangat keluar kat tv ni. Rupanya cuma sorotan bagi 30 minit pertama. Ditamatkan pada ketika si Kasyah nak ajar Ayu mengambil gambar.

Nak tau apa, sepanjang 30 minit tu serius aku panas gila!! Tak puas hati, stress!! Habis segala imaginasi aku selama beberapa tahun ni.

Kasyah adalah seorang yang sangat sangat pandai ok! and it should start dari sekolah menengah, bukan kolej! Kasyah berambut pendek ala G-Q (gambar depan novel :p) baju putih, seluar hijau. Sangat pandai walaupun jahat macam setan. Sebab tu dia boleh further study. Sebab he is a genius! Arghhh...!!! Remember bagaimana dia hidup dengan abang dia.. sadis gila. Kawan2 dia yang setia bersama. Ahhh.. sambil menaip masih boleh terbayang setiap watak dalam novel tersebut. Gila.. memang gila penangan LBS ni. Pada aku, Farid Kamil macam kureng sikit untuk watak ni. Ini hanya pendapat aku. Aku bukan anti Farid Kamil, just bagi aku dia tak sesuai untuk watak ini. Mungkin kerana aku hanya menonton selama 30 min.

Lisa, im not a fan of her dan bukan juga anti Lisa. Bagi aku, dia masih lagi 'keras' dan tak ada jiwa untuk watak-watak berat sebegini. Ayu. wanita yang sangat-sangat setia dengan Kasyah. Kehidupan yang terumbang-ambing. Tapi dalam hati Ayu hanya ada Kasyah seorang. Walaupun sudah hilang ingatan, bila ternampak wajah Kasyah, Ayu terasa dekat sangat. Kuatnya cinta wanita bernama Ayu ni. Macam-macam dia dah lalui untuk akhirnya memberikan seorang zuriat kepada Kasyah. Walaupun itulah yang pertama dan terakhir.

Aku panas dengan apa yang aku tonton tadi sebab dari awalnya sudah bertukar. Aku setuju dengan pendapat-pendapat bloggers yang patutnya cerita ini di jadikan dalam bentuk rentetan (betul ke ayat ni?hehehe..). Jadikan dalam bentuk LBS1,2,3 or LBS 1 and 2. Kalau filem ini diolah dengan lebih dalam, diberikan ruang kepada para pelakon yang terlibat betul-betul menjiwai watak ini, aku pasti ianya akan lebih hebat lagi. (Ini berdasarkan kepada komen-komen yang aku baca).

Oklah, panjang pula membebel malam ni. Bukan dah tonton pun. Bluwekkk!! Aku nak naik atas nak cari novel LBS. Nak kembalikan Kasyah dan Ayu yang aku kenal sejak sekolah menengah dulu. Aku nak layan air mata. Hahahaha..

Eh.. tak nak layan airmatalah. Sebab esok aku akan menjadi Sang Suria. CH akan kembali!!!!


from here



No comments: